Pemakanan Semasa Berpantang

Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari terpulang pada anda.
Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa tempoh ini juga pemakanan perlu dijaga agar cepat pulih. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada ibu, asalkan dibuat dengan cara yang betul.
Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.
Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalu dalam kuantiti yang sedikit.
Pemakanan Ibu Semasa Berpantang
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya adalah daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Sayuran dan Buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Ayam dan Burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
__________________________________________________________________________________
 
Anda masih tercari-cari set berpantang selepas bersalin?Bak kata perpatah "Tak kenal maka tak cinta", kenapa anda perlu memilih set berpantang Shaklee? sila baca dulu, kemudian buat pilihan bijak untuk anda dan bayi anda.
 
SET BERPANTANG @ PEMBEDAHAN - (ASAS)
ü  120 biji Vita-Lea (Multivitamin)
ü  120 biji B Complex
ü  180 biji Vita C 500mg
ü  120 biji Zinc
    Penggunaan untuk 4 bulan
  v  HARGA : RM  268.75

Kenapa Pilihan Set Berpantang Shaklee?
  • Sesuai normal @ pembedahan
  • Senang diamalkan, Boleh dimakan hari pertama bersalin
  • Dilengkapi multivitamin
  • Bantu tambah darah, beri tenaga dan focus
  • Bantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  • Selamat untuk ibu dan bayi serta ibu menyusu bayi
  • Boleh diamalkan jika bayi jaundis(sakit kuning)
FUNGSI SETIAP VITAMIN
Vita-lea
Membantu membekalkan multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu berpantanf untuk sembuh dari luka bersalin.
Mengandungi IRON untuk membina semula sel darah merah yang hilang ketika bersalin.
Membantu ibu mendapat nutrient yang tidak diperolehi dari makanan berpantang supaya ibu cergas dan bertenaga.
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin membantu menambahkan selera, mengurangkan stress, dan menghasilkan tenaga.
Membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormone.
Mengelakkan daripada post-partum depression (meroyan)
Vitamin C
Mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh di samping membantu membina kolagen.
Sangat penting untuk penyembuhan luka.
 
Zinc
Sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran.
Mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan berpantang.
ESP
Non-GMO soya protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imunisasi, mencegah migraine, imsonia, dan tekanan.
Protein juga dapat meningkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.
Protein adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kekurangan protein boleh menyebabkan masalah kurang susu semasa berpantang.
Pengambilan ESP bersama ostemetrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.
Ostematrix
Terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.
Mengandungi magnesium yang membantu ibu daripada sembelit.
Mengelakkan ibu dari mengalami sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu.
Melegakan otot dan saraf serta mengelakkan tekanan bersama B-Complex.
Untuk pertanyaan, sila hubungi saya melalui:
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
 
Call sekarang untuk mendapat harga istimewa bagi ibu yang bakal menimbang cahaya mata pertama dan kedua dan seterusnya...

No comments:

Post a Comment