Petua Menegangkan Kulit


  • Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
  • ·  Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.
  • ·    Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • ·      Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.
  • ·   Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Cara moden...gunakan ESP sebagai mask anda. Ambil setengah sudu ESP dicampurkan dengan sedikit air. Gaul sehingga sekata dan lumurkan pada muka. Biarkan selama 30min dan bilas dengan air bersih. 




MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

  •  Putih telur. Kandungan protein yang terdapat dalam putih telur mempunyai khasiat yang membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Sehingga dapat menghasilkan kulit wajah yang cerah, bersinar, cantik, dan tampak awet muda. Mask putih telur juga untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah adalah menghilangkan bintik hitam kerana terbakar matahari, wajah terasa lebih kencang dan halus, mengatasi kulit kering dan berminyak, mengatasi kesan hitam bekas jerawat, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang pori, dan mencerahkan wajah.
  • Tomato, madu dan gula. Lenyekkan tomato sampai lumat dan campurkan dengan 1 sudu gula dan 1 sudu madu. Kemudian, apply kat muka dan ratakan. Biarkan sampai kering dan bilas dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Insyaallah..
  • Lemon mengandungi Anti-Oksidan yang bagus untuk kulit muka.Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.Ambil sebiji lemon dan potong beberapa bahagian.Kemudian gosok di bahagian muka yang berjerawat sehari 2-3 kali setiap pagi,petang dan malam.
  • Bawang Putih juga berkesan dalam menghilangkan parut jerawat.Tumbuk 2 atau 3 biji sehingga halus lalu disapukan ke bahagian muka yang berjerawat.Berehat selama 10 minit selepas cuci muka.Amalkan seminggu dua kali.InsyaAllah berkesan.
  • Minyak Zaitun merupakan petua turun-temurun.Malah ramai yang mengakui keberkesanan minyak zaitun ni.Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam dan kacau sebati beberapa minit.Kemudian sapu di bahagian muka yang berjerawat dan biarkan beberapa minit sehingga kering.Basuh muka dengan menggunakan sabun pencuci muka.Amalkan petua ini seminggu sekali.
  • Madu dan bedak sejuk. Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  • Kulit kayu manis dan air. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
  • Kulit kayu manis dan madu. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  • Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  • Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  • Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua-petua ini adalah petua tradisonal mengikut jenis kulit anda. Sesetengah orang sesuai, jadi bolehlah cuba yang mana sesuai...

Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit

Kulit putih
Bagi anda yang memiliki kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.
Kulit kuning langsat
Bagi anda yang mempunyai warna kulit seperti ini disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.
Kulit sawo matang
Sesuai dengan warna-warna lembut, namun kamu usah ragu untuk mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.
Kulit gelap eksotik
Serlahkan gaya kamu dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah kamu juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.


Sumber: Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit - Fuh.My 

Makanan Seimbang Cegah Penyakit Berbahaya

MAKANAN SEIMBANG CEGAH PENYAKIT BERBAHAYA

Set Omega Guard

PROMOSI AKHIR TAHUN 2013 - OMEGA GUARD

 
 
Adakah anda mengalami masalah berikut?
 
Masalah Berat Badan
Omega - Membakar lemak dan fungsi leptin di dalamnya memberikan isyarat kepada otak untuk berasa kenyang
HerbLa - Detox usus dan juga membantu masalah sembelit dan mengempiskan perut

Anak Genius / Asthma / Eczema
Omega - perkembangan otak yang sihat dan juga meningkatkan daya ingatan. Bagi masalah asthma dapat mengurangkan serangan asthma dan dapat membaiki alahan kulit selain dapat meningkatkan system imun
Mealshakes - Mengandungi nutrien lengkap utk kecergasan dan jg meningkatkan sistem imun badan

Kolesterol
Omega - Mengekalkan kolesterol baik dan tekanan darah normal serta mengurangkan risiko sakit jantung
Garlic - Menurunkan kadar kolesterol dalam saluran darah dan mengurangkan risiko strok

Sakit Sendi
Omega - Memelihara fungsi sendi yang sihat, mengurangkan inflamasi dan juga menjadi pelincir kepada sendi
AJHT - Memelihara fungsi sendi yang sihat seawall 5 hr berdasarkan ujian klinikal

Gout
Omega - Mengurangkan keradangan sendi
Alfalfa - Menyingkirkan asid urik yang tinggi yang menyebabkan berlakunya gout
 
Buasir
Omega - Membantu mengecutkan otot yang bengkak
Zinc - Membantu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat
 
 
Hubungi saya sekarang untuk dapatkan harga istimewa..!
 
Untuk pertanyaan, hubungi saya melalui:
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di facebook : Anis Vitamin Shop
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com

Pemakanan Semasa Berpantang

Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari terpulang pada anda.
Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa tempoh ini juga pemakanan perlu dijaga agar cepat pulih. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada ibu, asalkan dibuat dengan cara yang betul.
Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.
Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalu dalam kuantiti yang sedikit.
Pemakanan Ibu Semasa Berpantang
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya adalah daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Sayuran dan Buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Ayam dan Burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
__________________________________________________________________________________
 
Anda masih tercari-cari set berpantang selepas bersalin?Bak kata perpatah "Tak kenal maka tak cinta", kenapa anda perlu memilih set berpantang Shaklee? sila baca dulu, kemudian buat pilihan bijak untuk anda dan bayi anda.
 
SET BERPANTANG @ PEMBEDAHAN - (ASAS)
ü  120 biji Vita-Lea (Multivitamin)
ü  120 biji B Complex
ü  180 biji Vita C 500mg
ü  120 biji Zinc
    Penggunaan untuk 4 bulan
  v  HARGA : RM  268.75

Kenapa Pilihan Set Berpantang Shaklee?
  • Sesuai normal @ pembedahan
  • Senang diamalkan, Boleh dimakan hari pertama bersalin
  • Dilengkapi multivitamin
  • Bantu tambah darah, beri tenaga dan focus
  • Bantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  • Selamat untuk ibu dan bayi serta ibu menyusu bayi
  • Boleh diamalkan jika bayi jaundis(sakit kuning)
FUNGSI SETIAP VITAMIN
Vita-lea
Membantu membekalkan multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu berpantanf untuk sembuh dari luka bersalin.
Mengandungi IRON untuk membina semula sel darah merah yang hilang ketika bersalin.
Membantu ibu mendapat nutrient yang tidak diperolehi dari makanan berpantang supaya ibu cergas dan bertenaga.
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin membantu menambahkan selera, mengurangkan stress, dan menghasilkan tenaga.
Membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormone.
Mengelakkan daripada post-partum depression (meroyan)
Vitamin C
Mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh di samping membantu membina kolagen.
Sangat penting untuk penyembuhan luka.
 
Zinc
Sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran.
Mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan berpantang.
ESP
Non-GMO soya protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imunisasi, mencegah migraine, imsonia, dan tekanan.
Protein juga dapat meningkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.
Protein adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kekurangan protein boleh menyebabkan masalah kurang susu semasa berpantang.
Pengambilan ESP bersama ostemetrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.
Ostematrix
Terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.
Mengandungi magnesium yang membantu ibu daripada sembelit.
Mengelakkan ibu dari mengalami sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu.
Melegakan otot dan saraf serta mengelakkan tekanan bersama B-Complex.
Untuk pertanyaan, sila hubungi saya melalui:
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
 
Call sekarang untuk mendapat harga istimewa bagi ibu yang bakal menimbang cahaya mata pertama dan kedua dan seterusnya...

Kehamilan

Kehamilan satu anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti setiap pasangan mengharapkan kelahiran seorang anak dengan selamat dan tidak kurang satu apa pun apalagi cacat. Selain, mendambakan seorang bayi yang bijak.

Ibu hamil perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal trimester kehamilan lagi. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang cukup demi kesihatan janin yang di kandung. Salah satunya dengan pengambilan asid folik.

 Asid folik

Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buah-buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko mendapat anak cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), perkembangan dan pertumbuhan otak (anencephaly) dan saraf tunjang. Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Bagi mendapat khasiat asid folik yang penuh dapatkan makanan mempunyai kandungan asid folik yang tinggi.

 Makanan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan anak cerdas antaranya adalah:-

 Pir; buah yang mengandung banyak air yang manis dan mengandung banyak vitamin.
Rasulullah s.a.w bersabda “Makanlah buah pir kerana buah itu dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati. Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantik anak kalian.”

 Kurma; mengandungi antara lain zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C.  Iman Ali bin Abi Thalib berkata: “Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab).”

 Luban; Kemenyan Arab. Rasulullah s.a.w bersabda: “Berilah makanan dari Luban (kemenyan Arab) isterimu yang sedang hamil, kerana jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban, ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani, dan jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bagian yang baik bagi suaminya.”

 Tembikai; selain mengurangkan rasa mual, ia dapat mencegah dehidrasi, kejang otot dan bagus untuk nutrisi janin dari segi perkembangan otot, penglihatan, sistem imunisasi dan saraf janin. Rasullah s.a.w bersabda: “Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus.”

 Kelapa; Rasulullah s.a.w bersabda: “Berilah makanan isterimu yang sedang hamil buah kelapa, kerana ia dapat menjadi sebab anakmu berakhlak baik.”

 Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan  antaranya;

Sentuhan

Ibu hamil akan berhubung dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan di rembes. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.

 Muzik

Bayi gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan.

 Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.

 Muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk mengembangkan kepintaran bayi. Gelombang ini menimbulkan mood tenang, relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.

 Anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan menggunakan muzik-muzik yang keras. Dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan akhirnya menjejaskan kepintarannya.

 Alunan zikir dan bacaan surah al-Quran dibekalkan sebagai penunjuk jalan dan usaha yang boleh dilakukan untuk memperoleh anak seperti yang diidam-idamkan. Surah Yusuf untuk anak yang cantik rupa dan akhlak. Surah Luqman untuk anak yang cerdik. Surah Yaasin untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat serta sentiasa membasahi bibir zikir.

 Jaga tingkah laku

Jaga lidah, sikap, perangai, hati terutamanya dengan suami, ibu bapa dan kawan-kawan agar anak yang di kandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

 Elak gangguan emosi

Ketidakstabilan emosi boleh menjejaskan minda bayi dan boleh menyebabkan impian anda mendapatkan bayi cerdik menjadi nipis. Ia kerana gangguan emosi boleh mempengaruhi perkembangan mental bayi. Ibu hamil perlu meringankan emosi dengan membuat aktiviti yang menghiburkan seperti senaman, berenang atau berbual.

 Ia hanya usaha yang boleh dilakukan, semuanya kita serahkan kepada Allah SWT setelah berikhtiar. Oleh:Nadia Mingguan Wanita
__________________________________________________________________________________

Adakah anda tercari-cari vitamin yang terbaik untuk anda dan bayi anda semasa hamil?
 
Cubalah Set Kehamilan Shaklee, InsyaAllah, anda pasti menyukainya...


Fungsi Setiap Vitamin

Vita-lea Iron Formula

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan sel darah merah dan pembesaran janin. jadi Membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk rumusan penting iaitu asid folik. Asik folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.

Ostematrix

Membekalkan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.

Omega Guard

Wanita mengandung disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan untuk proses melihat dan berfikir).

Energizing Soy Protein

Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sangat penting dalam pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi tenaga.
 
Untuk pertanyaan, hubungi saya melalui :
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com