- Putih telur. Kandungan protein yang terdapat dalam putih telur mempunyai khasiat yang membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Sehingga dapat menghasilkan kulit wajah yang cerah, bersinar, cantik, dan tampak awet muda. Mask putih telur juga untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah adalah menghilangkan bintik hitam kerana terbakar matahari, wajah terasa lebih kencang dan halus, mengatasi kulit kering dan berminyak, mengatasi kesan hitam bekas jerawat, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang pori, dan mencerahkan wajah.
- Tomato, madu dan gula. Lenyekkan tomato sampai lumat dan campurkan dengan 1 sudu gula dan 1 sudu madu. Kemudian, apply kat muka dan ratakan. Biarkan sampai kering dan bilas dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Insyaallah..
- Lemon mengandungi Anti-Oksidan yang bagus untuk kulit muka.Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.Ambil sebiji lemon dan potong beberapa bahagian.Kemudian gosok di bahagian muka yang berjerawat sehari 2-3 kali setiap pagi,petang dan malam.
- Bawang Putih juga berkesan dalam menghilangkan parut jerawat.Tumbuk 2 atau 3 biji sehingga halus lalu disapukan ke bahagian muka yang berjerawat.Berehat selama 10 minit selepas cuci muka.Amalkan seminggu dua kali.InsyaAllah berkesan.
- Minyak Zaitun merupakan petua turun-temurun.Malah ramai yang mengakui keberkesanan minyak zaitun ni.Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam dan kacau sebati beberapa minit.Kemudian sapu di bahagian muka yang berjerawat dan biarkan beberapa minit sehingga kering.Basuh muka dengan menggunakan sabun pencuci muka.Amalkan petua ini seminggu sekali.
- Madu dan bedak sejuk. Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
- Kulit kayu manis dan air. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
- Kulit kayu manis dan madu. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
- Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Petua-petua ini adalah petua tradisonal mengikut jenis kulit anda. Sesetengah orang sesuai, jadi bolehlah cuba yang mana sesuai...
No comments:
Post a Comment