Petua Menegangkan Kulit


  • Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
  • ·  Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.
  • ·    Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • ·      Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.
  • ·   Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Cara moden...gunakan ESP sebagai mask anda. Ambil setengah sudu ESP dicampurkan dengan sedikit air. Gaul sehingga sekata dan lumurkan pada muka. Biarkan selama 30min dan bilas dengan air bersih. 




MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

  •  Putih telur. Kandungan protein yang terdapat dalam putih telur mempunyai khasiat yang membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Sehingga dapat menghasilkan kulit wajah yang cerah, bersinar, cantik, dan tampak awet muda. Mask putih telur juga untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah adalah menghilangkan bintik hitam kerana terbakar matahari, wajah terasa lebih kencang dan halus, mengatasi kulit kering dan berminyak, mengatasi kesan hitam bekas jerawat, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang pori, dan mencerahkan wajah.
  • Tomato, madu dan gula. Lenyekkan tomato sampai lumat dan campurkan dengan 1 sudu gula dan 1 sudu madu. Kemudian, apply kat muka dan ratakan. Biarkan sampai kering dan bilas dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Insyaallah..
  • Lemon mengandungi Anti-Oksidan yang bagus untuk kulit muka.Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.Ambil sebiji lemon dan potong beberapa bahagian.Kemudian gosok di bahagian muka yang berjerawat sehari 2-3 kali setiap pagi,petang dan malam.
  • Bawang Putih juga berkesan dalam menghilangkan parut jerawat.Tumbuk 2 atau 3 biji sehingga halus lalu disapukan ke bahagian muka yang berjerawat.Berehat selama 10 minit selepas cuci muka.Amalkan seminggu dua kali.InsyaAllah berkesan.
  • Minyak Zaitun merupakan petua turun-temurun.Malah ramai yang mengakui keberkesanan minyak zaitun ni.Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam dan kacau sebati beberapa minit.Kemudian sapu di bahagian muka yang berjerawat dan biarkan beberapa minit sehingga kering.Basuh muka dengan menggunakan sabun pencuci muka.Amalkan petua ini seminggu sekali.
  • Madu dan bedak sejuk. Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  • Kulit kayu manis dan air. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
  • Kulit kayu manis dan madu. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  • Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  • Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  • Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua-petua ini adalah petua tradisonal mengikut jenis kulit anda. Sesetengah orang sesuai, jadi bolehlah cuba yang mana sesuai...

Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit

Kulit putih
Bagi anda yang memiliki kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.
Kulit kuning langsat
Bagi anda yang mempunyai warna kulit seperti ini disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.
Kulit sawo matang
Sesuai dengan warna-warna lembut, namun kamu usah ragu untuk mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.
Kulit gelap eksotik
Serlahkan gaya kamu dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah kamu juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.


Sumber: Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit - Fuh.My