Ibu hamil perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal
trimester kehamilan lagi. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang cukup demi
kesihatan janin yang di kandung. Salah satunya dengan pengambilan asid folik.
Asid folik
Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran
hijau, jus buah-buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa
anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh
mengurangkan risiko mendapat anak cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD),
perkembangan dan pertumbuhan otak (anencephaly) dan saraf tunjang. Kajian telah
menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70 peratus. Itulah
sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Bagi
mendapat khasiat asid folik yang penuh dapatkan makanan mempunyai kandungan
asid folik yang tinggi.
Makanan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk
mendapatkan anak cerdas antaranya adalah:-
Pir; buah yang mengandung banyak air yang manis dan
mengandung banyak vitamin.
Rasulullah s.a.w bersabda “Makanlah buah pir kerana buah itu dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati. Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantik anak kalian.”
Rasulullah s.a.w bersabda “Makanlah buah pir kerana buah itu dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati. Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantik anak kalian.”
Kurma; mengandungi antara lain zat besi, kalsium,
fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Iman Ali bin Abi Thalib
berkata: “Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang
hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab).”
Luban; Kemenyan Arab. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Berilah makanan dari Luban (kemenyan Arab) isterimu yang sedang hamil, kerana
jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban, ia dapat menambah
kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani, dan
jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bagian yang baik
bagi suaminya.”
Tembikai; selain mengurangkan rasa mual, ia dapat
mencegah dehidrasi, kejang otot dan bagus untuk nutrisi janin dari segi
perkembangan otot, penglihatan, sistem imunisasi dan saraf janin. Rasullah
s.a.w bersabda: “Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai,
kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus.”
Kelapa; Rasulullah s.a.w bersabda: “Berilah makanan
isterimu yang sedang hamil buah kelapa, kerana ia dapat menjadi sebab anakmu
berakhlak baik.”
Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda
lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan antaranya;
Sentuhan
Ibu hamil akan berhubung dengan bayinya melalui sentuhan dan
komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap
bahagian perut, sejenis hormon akan di rembes. Hormon tersebut berperanan
memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan
dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk
berkomunikasi dengannya.
Muzik
Bayi gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan
jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya
anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan
tendangan ataupun membuat pergerakan.
Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh
memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak
terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan
bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.
Muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk
mengembangkan kepintaran bayi. Gelombang ini menimbulkan mood tenang,
relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan
dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk
meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.
Anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan
menggunakan muzik-muzik yang keras. Dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan
akhirnya menjejaskan kepintarannya.
Alunan zikir dan bacaan surah al-Quran dibekalkan sebagai
penunjuk jalan dan usaha yang boleh dilakukan untuk memperoleh anak seperti
yang diidam-idamkan. Surah Yusuf untuk anak yang cantik rupa dan akhlak. Surah
Luqman untuk anak yang cerdik. Surah Yaasin untuk anak yang teguh hati dan
tidak terpengaruh dengan maksiat serta sentiasa membasahi bibir zikir.
Jaga tingkah laku
Jaga lidah, sikap, perangai, hati terutamanya dengan suami, ibu
bapa dan kawan-kawan agar anak yang di kandung beroleh segala kebaikan dan
keberkatan.
Elak gangguan emosi
Ketidakstabilan emosi boleh menjejaskan minda bayi dan boleh
menyebabkan impian anda mendapatkan bayi cerdik menjadi nipis. Ia kerana
gangguan emosi boleh mempengaruhi perkembangan mental bayi. Ibu hamil perlu
meringankan emosi dengan membuat aktiviti yang menghiburkan seperti senaman,
berenang atau berbual.
Ia hanya usaha yang boleh dilakukan, semuanya kita serahkan
kepada Allah SWT setelah berikhtiar.
__________________________________________________________________________________
Adakah anda tercari-cari vitamin yang terbaik untuk anda dan bayi anda semasa hamil?
Cubalah Set Kehamilan Shaklee, InsyaAllah, anda pasti menyukainya...
Fungsi Setiap Vitamin
Vita-lea Iron Formula
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat
besi. Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan
sel darah merah dan pembesaran janin. jadi Membantu meningkatkan HB ke paras
normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B Complex
Lengkap dengan 8
kumpulan B termasuk rumusan penting iaitu asid folik. Asik folik sangat penting
untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan
risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
Vitamin C
Membantu meningkatkan
sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu
meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.
Ostematrix
Membekalkan kalsium
yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan
akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang
sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda.
Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam
tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Omega Guard
Wanita mengandung
disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam
diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam
kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk
meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan
untuk proses melihat dan berfikir).
Energizing Soy Protein
Protein berfungsi
mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur
keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi
memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sangat penting dalam
pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi
tenaga.
Untuk pertanyaan, hubungi saya melalui :
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
No comments:
Post a Comment