Pemakanan yang tidak terkawal boleh
mengundang pelbagai jenis penyakit misalnya gout. Penyakit gout kini semakin
banyak menyerang terutama di kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas namun
terdapat juga mereka yang berusia bawah 30 tahun menghidapinya.
Apa sebenarnya penyakit gout? Pakar
Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju berkata,
gout adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan.
Paling
biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku
di pergelangan tangan, siku dan lutut," katanya semasa ditemui di
pejabatnya baru-baru ini.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus
meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu
menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak.
Asid urik
Dari manakah datangnya asid urik? Dr.
Selvaraju berkata, asid urik terdapat dalam semua jenis makanan daripada haiwan
dan purine dalam tumbuhan tetapi tahap kandungannya pelbagai.
Asid urik
yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal dan berkumpul pada sendi menjadi
gout atau dalam buah pinggang sebagai batu karang," katanya.
Sebaik-baiknya jelas Dr. Selvaraju,
ambillah makanan yang kurang kandungan purine atau asid urik.
Seelok-eloknya elakkan daging merah,
organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan
dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan,
bayam, sayur kacang dan brokoli.
Mereka juga perlu menggelakkan minuman
beralkohol dan minuman bergas.
Walaupun
tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid
urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran
berdaun," katanya.
Bagaimanapun terdapat juga keadaan
kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah
misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea.
Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel
darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik.
Pesakit yang telah menjalani pemindahan
buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan
cyclosporine yang diambil.
Selain itu, kanak-kanak mempunyai
kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka
tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui.
Kata Dr. Selvaraju, adakalanya gout
sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang
tinggi tidak diserang gout.
Mungkin
juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu
karang," katanya.
Dalam pada itu, menurut Dr. Selvaraju,
pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik
meningkat kerana kemusnahan sel.
Justeru
jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat
nasihat doktor," katanya.
Apa yang lebih unik jelasnya, wanita
tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang
masih tidak diketahui.
Sebenarnya kata Dr. Selvaraju, asid
urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah
tinggi dan kencing manis.
Tapi ada
juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia
berkaitan dengan kalsium," katanya.
Dr. Selvaraju menegaskan, manusia perlu
makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang
berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
Makan
bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan,"
nasihatnya
Oleh
KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120826/kn_03/Gout-tolong-jaga-makan#ixzz2mfQHlGXg
______________________________________________________________________________________
SET GOUT SHAKLEE
ALFALFA
Boleh menyingkirkan toksid yang
berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Dapat menurunkan
paras asid urik. Pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang
banyak bagi melancarkan fungsi detoksifikasi.
PERFORMANCE DRINK
Dapat memelihara kandungan
bendalir dalam badan ke tahap yang optimum, di samping pengambilan cecair
seperti air kosong. Pesakit gout perlu minum air banyak bagi mengelakkan
kekurangan air dalam badan di mana akan menyukarkan proses penyingkiran asid urik
dari tubuh badan.
OMEGA GUARD
Mempunyai fungsi
anti-imflammatorI, di mana ia mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi
pesakit gout.
Untuk keterangan dan pertanyaan, sila hubungi saya melalui:
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
No comments:
Post a Comment