4 Jun 2013 Sinar harian
KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk
menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab
masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit
jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging
yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak
negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan
Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas
sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah
terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap
masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan
Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada
Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program
pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih
sihat.
KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding
lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang
dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat
yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi
paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain,
menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85
gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding
lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir
(8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori
(kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal)
dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi
berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia
memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan
strok.
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber
protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh
serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa
lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit
kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras
kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi
kebaikan yang lain.
Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras
kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula
membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah
kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang
menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan
serangan jantung atau strok.
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa
daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan
risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke
dalam diet jantung sihat.
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris
dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu
panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah
memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum
dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.
SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut
diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.
Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing
dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi
artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika
Utara.
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing
adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk
merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit
tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.

POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat
dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak
mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar
kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim
negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih
sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya
masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.
Kini,
semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan
kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis
akikah dan Hari Raya Aidiladha.
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.
Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko. – Bernama

No comments:
Post a Comment