Makanan Seimbang Cegah Penyakit Berbahaya

MAKANAN SEIMBANG CEGAH PENYAKIT BERBAHAYA

Set Omega Guard

PROMOSI AKHIR TAHUN 2013 - OMEGA GUARD

 
 
Adakah anda mengalami masalah berikut?
 
Masalah Berat Badan
Omega - Membakar lemak dan fungsi leptin di dalamnya memberikan isyarat kepada otak untuk berasa kenyang
HerbLa - Detox usus dan juga membantu masalah sembelit dan mengempiskan perut

Anak Genius / Asthma / Eczema
Omega - perkembangan otak yang sihat dan juga meningkatkan daya ingatan. Bagi masalah asthma dapat mengurangkan serangan asthma dan dapat membaiki alahan kulit selain dapat meningkatkan system imun
Mealshakes - Mengandungi nutrien lengkap utk kecergasan dan jg meningkatkan sistem imun badan

Kolesterol
Omega - Mengekalkan kolesterol baik dan tekanan darah normal serta mengurangkan risiko sakit jantung
Garlic - Menurunkan kadar kolesterol dalam saluran darah dan mengurangkan risiko strok

Sakit Sendi
Omega - Memelihara fungsi sendi yang sihat, mengurangkan inflamasi dan juga menjadi pelincir kepada sendi
AJHT - Memelihara fungsi sendi yang sihat seawall 5 hr berdasarkan ujian klinikal

Gout
Omega - Mengurangkan keradangan sendi
Alfalfa - Menyingkirkan asid urik yang tinggi yang menyebabkan berlakunya gout
 
Buasir
Omega - Membantu mengecutkan otot yang bengkak
Zinc - Membantu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat
 
 
Hubungi saya sekarang untuk dapatkan harga istimewa..!
 
Untuk pertanyaan, hubungi saya melalui:
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di facebook : Anis Vitamin Shop
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com

Pemakanan Semasa Berpantang

Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari terpulang pada anda.
Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa tempoh ini juga pemakanan perlu dijaga agar cepat pulih. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada ibu, asalkan dibuat dengan cara yang betul.
Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.
Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalu dalam kuantiti yang sedikit.
Pemakanan Ibu Semasa Berpantang
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya adalah daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Sayuran dan Buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Ayam dan Burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
__________________________________________________________________________________
 
Anda masih tercari-cari set berpantang selepas bersalin?Bak kata perpatah "Tak kenal maka tak cinta", kenapa anda perlu memilih set berpantang Shaklee? sila baca dulu, kemudian buat pilihan bijak untuk anda dan bayi anda.
 
SET BERPANTANG @ PEMBEDAHAN - (ASAS)
ü  120 biji Vita-Lea (Multivitamin)
ü  120 biji B Complex
ü  180 biji Vita C 500mg
ü  120 biji Zinc
    Penggunaan untuk 4 bulan
  v  HARGA : RM  268.75

Kenapa Pilihan Set Berpantang Shaklee?
  • Sesuai normal @ pembedahan
  • Senang diamalkan, Boleh dimakan hari pertama bersalin
  • Dilengkapi multivitamin
  • Bantu tambah darah, beri tenaga dan focus
  • Bantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  • Selamat untuk ibu dan bayi serta ibu menyusu bayi
  • Boleh diamalkan jika bayi jaundis(sakit kuning)
FUNGSI SETIAP VITAMIN
Vita-lea
Membantu membekalkan multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu berpantanf untuk sembuh dari luka bersalin.
Mengandungi IRON untuk membina semula sel darah merah yang hilang ketika bersalin.
Membantu ibu mendapat nutrient yang tidak diperolehi dari makanan berpantang supaya ibu cergas dan bertenaga.
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin membantu menambahkan selera, mengurangkan stress, dan menghasilkan tenaga.
Membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormone.
Mengelakkan daripada post-partum depression (meroyan)
Vitamin C
Mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh di samping membantu membina kolagen.
Sangat penting untuk penyembuhan luka.
 
Zinc
Sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran.
Mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan berpantang.
ESP
Non-GMO soya protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imunisasi, mencegah migraine, imsonia, dan tekanan.
Protein juga dapat meningkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein.
Protein adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kekurangan protein boleh menyebabkan masalah kurang susu semasa berpantang.
Pengambilan ESP bersama ostemetrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.
Ostematrix
Terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.
Mengandungi magnesium yang membantu ibu daripada sembelit.
Mengelakkan ibu dari mengalami sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu.
Melegakan otot dan saraf serta mengelakkan tekanan bersama B-Complex.
Untuk pertanyaan, sila hubungi saya melalui:
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
 
Call sekarang untuk mendapat harga istimewa bagi ibu yang bakal menimbang cahaya mata pertama dan kedua dan seterusnya...

Kehamilan

Kehamilan satu anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti setiap pasangan mengharapkan kelahiran seorang anak dengan selamat dan tidak kurang satu apa pun apalagi cacat. Selain, mendambakan seorang bayi yang bijak.

Ibu hamil perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal trimester kehamilan lagi. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang cukup demi kesihatan janin yang di kandung. Salah satunya dengan pengambilan asid folik.

 Asid folik

Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buah-buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko mendapat anak cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), perkembangan dan pertumbuhan otak (anencephaly) dan saraf tunjang. Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Bagi mendapat khasiat asid folik yang penuh dapatkan makanan mempunyai kandungan asid folik yang tinggi.

 Makanan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan anak cerdas antaranya adalah:-

 Pir; buah yang mengandung banyak air yang manis dan mengandung banyak vitamin.
Rasulullah s.a.w bersabda “Makanlah buah pir kerana buah itu dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati. Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantik anak kalian.”

 Kurma; mengandungi antara lain zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C.  Iman Ali bin Abi Thalib berkata: “Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab).”

 Luban; Kemenyan Arab. Rasulullah s.a.w bersabda: “Berilah makanan dari Luban (kemenyan Arab) isterimu yang sedang hamil, kerana jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban, ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani, dan jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bagian yang baik bagi suaminya.”

 Tembikai; selain mengurangkan rasa mual, ia dapat mencegah dehidrasi, kejang otot dan bagus untuk nutrisi janin dari segi perkembangan otot, penglihatan, sistem imunisasi dan saraf janin. Rasullah s.a.w bersabda: “Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus.”

 Kelapa; Rasulullah s.a.w bersabda: “Berilah makanan isterimu yang sedang hamil buah kelapa, kerana ia dapat menjadi sebab anakmu berakhlak baik.”

 Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan  antaranya;

Sentuhan

Ibu hamil akan berhubung dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan di rembes. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.

 Muzik

Bayi gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan.

 Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.

 Muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk mengembangkan kepintaran bayi. Gelombang ini menimbulkan mood tenang, relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.

 Anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan menggunakan muzik-muzik yang keras. Dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan akhirnya menjejaskan kepintarannya.

 Alunan zikir dan bacaan surah al-Quran dibekalkan sebagai penunjuk jalan dan usaha yang boleh dilakukan untuk memperoleh anak seperti yang diidam-idamkan. Surah Yusuf untuk anak yang cantik rupa dan akhlak. Surah Luqman untuk anak yang cerdik. Surah Yaasin untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat serta sentiasa membasahi bibir zikir.

 Jaga tingkah laku

Jaga lidah, sikap, perangai, hati terutamanya dengan suami, ibu bapa dan kawan-kawan agar anak yang di kandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

 Elak gangguan emosi

Ketidakstabilan emosi boleh menjejaskan minda bayi dan boleh menyebabkan impian anda mendapatkan bayi cerdik menjadi nipis. Ia kerana gangguan emosi boleh mempengaruhi perkembangan mental bayi. Ibu hamil perlu meringankan emosi dengan membuat aktiviti yang menghiburkan seperti senaman, berenang atau berbual.

 Ia hanya usaha yang boleh dilakukan, semuanya kita serahkan kepada Allah SWT setelah berikhtiar. Oleh:Nadia Mingguan Wanita
__________________________________________________________________________________

Adakah anda tercari-cari vitamin yang terbaik untuk anda dan bayi anda semasa hamil?
 
Cubalah Set Kehamilan Shaklee, InsyaAllah, anda pasti menyukainya...


Fungsi Setiap Vitamin

Vita-lea Iron Formula

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan sel darah merah dan pembesaran janin. jadi Membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk rumusan penting iaitu asid folik. Asik folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.

Ostematrix

Membekalkan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.

Omega Guard

Wanita mengandung disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan untuk proses melihat dan berfikir).

Energizing Soy Protein

Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sangat penting dalam pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi tenaga.
 
Untuk pertanyaan, hubungi saya melalui :
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com

Kebaikan Daging Kambing

Daging Kambing Baik Untuk Kesihatan Jantung
4 Jun 2013 Sinar harian

KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.
KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.
Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.
SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria. Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.

Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.

"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.

"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.
POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.

Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.
Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.

Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.

Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko. – Bernama

Resdung

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas. Resdung terjadi berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau berubahan cuaca atau keturunan.

Tanda-tanda Resdung.


  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Kerap bersin terutama di waktu pagi
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda di atas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

 __________________________________________________________________________________

SET RESDUNG SHAKLEE (terdiri daripada B Complex, Vitamin C dan Alfalfa)
 
B Complex

B Complex mengandungi B6 iaitu penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf.
 
Vitamin C
Untuk mereka yang mengalami masalah alahan, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”.
“Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit alahan yang lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan dadah anti-histamin.
Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tisu badan.
 
Alfalfa
Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari resdung (sinus), alahan (allergy) dan gegata (hives).
Alfalfa (Meticago sativa) mengandungi sumber klorofil pigmen tumbuhan semulajadi, vitamin, mineral surih, bioflavonoid, dan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforus, zat besi serta magnesium.
Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai makanan tambahan mereka.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui :
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com

GOUT

GOUT???
 
Pemakanan yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit misalnya gout. Penyakit gout kini semakin banyak menyerang terutama di kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas namun terdapat juga mereka yang berusia bawah 30 tahun menghidapinya.

Apa sebenarnya penyakit gout? Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju berkata, gout adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan.

Paling biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku di pergelangan tangan, siku dan lutut," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak.

Asid urik

Dari manakah datangnya asid urik? Dr. Selvaraju berkata, asid urik terdapat dalam semua jenis makanan daripada haiwan dan purine dalam tumbuhan tetapi tahap kandungannya pelbagai.

Asid urik yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal dan berkumpul pada sendi menjadi gout atau dalam buah pinggang sebagai batu karang," katanya.

Sebaik-baiknya jelas Dr. Selvaraju, ambillah makanan yang kurang kandungan purine atau asid urik.

Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli.

Mereka juga perlu menggelakkan minuman beralkohol dan minuman bergas.

Walaupun tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran berdaun," katanya.

Bagaimanapun terdapat juga keadaan kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea.

Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik.

Pesakit yang telah menjalani pemindahan buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan cyclosporine yang diambil.

Selain itu, kanak-kanak mempunyai kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui.

Kata Dr. Selvaraju, adakalanya gout sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi tidak diserang gout.

Mungkin juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu karang," katanya.

Dalam pada itu, menurut Dr. Selvaraju, pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik meningkat kerana kemusnahan sel.

Justeru jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat nasihat doktor," katanya.

Apa yang lebih unik jelasnya, wanita tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang masih tidak diketahui.

Sebenarnya kata Dr. Selvaraju, asid urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah tinggi dan kencing manis.

Tapi ada juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia berkaitan dengan kalsium," katanya.

Dr. Selvaraju menegaskan, manusia perlu makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Makan bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan," nasihatnya

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120826/kn_03/Gout-tolong-jaga-makan#ixzz2mfQHlGXg


______________________________________________________________________________________
 
SET GOUT SHAKLEE


 
ALFALFA
Boleh menyingkirkan toksid yang berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Dapat menurunkan paras asid urik. Pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang banyak bagi melancarkan fungsi detoksifikasi.

PERFORMANCE DRINK
Dapat memelihara kandungan bendalir dalam badan ke tahap yang optimum, di samping pengambilan cecair seperti air kosong. Pesakit gout perlu minum air banyak bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan di mana akan menyukarkan proses penyingkiran asid urik dari tubuh badan.

OMEGA GUARD
Mempunyai fungsi anti-imflammatorI, di mana ia mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi pesakit gout.
 
Untuk keterangan dan pertanyaan, sila hubungi saya melalui:
 
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
 
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
 
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com