MAKANAN SEIMBANG CEGAH PENYAKIT BERBAHAYA
SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN KG GAJAH, TELUK INTAN PERAK.ANDA BOLEH BERTANYAKAN MENGENAI PRODUK SHAKLEE YANG TERDIRI DARIPADA VITAMIN UNTUK KECANTIKAN,KESIHATAN,PENYUSUAN DAN LAIN-LAIN LAGI
Set Omega Guard
PROMOSI AKHIR TAHUN 2013 - OMEGA GUARD
Adakah anda mengalami masalah berikut?
Masalah Berat Badan
Omega - Membakar lemak dan fungsi leptin di dalamnya memberikan isyarat
kepada otak untuk berasa kenyang
HerbLa - Detox usus dan juga membantu masalah sembelit dan mengempiskan
perut
Anak Genius / Asthma / Eczema
Omega - perkembangan otak yang sihat dan juga meningkatkan daya ingatan.
Bagi masalah asthma dapat mengurangkan serangan asthma dan dapat membaiki
alahan kulit selain dapat meningkatkan system imun
Mealshakes - Mengandungi nutrien lengkap utk kecergasan dan jg meningkatkan
sistem imun badan
Kolesterol
Omega - Mengekalkan kolesterol baik dan tekanan darah normal serta mengurangkan risiko sakit jantung
Omega - Mengekalkan kolesterol baik dan tekanan darah normal serta mengurangkan risiko sakit jantung
Garlic - Menurunkan kadar kolesterol dalam saluran darah dan mengurangkan
risiko strok
Sakit Sendi
Omega - Memelihara fungsi sendi yang sihat, mengurangkan inflamasi dan juga
menjadi pelincir kepada sendi
AJHT - Memelihara fungsi sendi yang sihat seawall 5 hr berdasarkan ujian
klinikal
Gout
Omega - Mengurangkan keradangan sendi
Omega - Mengurangkan keradangan sendi
Alfalfa - Menyingkirkan asid urik yang tinggi yang menyebabkan berlakunya
gout
Buasir
Omega - Membantu mengecutkan otot yang bengkak
Omega - Membantu mengecutkan otot yang bengkak
Zinc - Membantu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat
Hubungi saya sekarang untuk dapatkan harga istimewa..!
Untuk pertanyaan, hubungi saya melalui:
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di facebook : Anis Vitamin Shop
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
Pemakanan Semasa Berpantang
Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam
44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau
100 hari terpulang pada anda.
Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti
berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa
tempoh ini juga pemakanan perlu dijaga agar cepat pulih. Amalan ini banyaknya
memberi manfaat kepada ibu, asalkan dibuat dengan cara yang betul.
Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami.
Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa
berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi
dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus,
tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.
Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak
sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan,
menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri
sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalu dalam
kuantiti yang sedikit.
Pemakanan Ibu Semasa Berpantang
Pemakanan ialah
aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses
kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai
bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa
melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan
terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Ikan
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Ikan
Ibu dalam pantang
dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan
menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya
ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan
yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri,
pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada
pintu rahim.
Selain ikan
berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta
menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan
makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua
Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia
dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang
hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan
luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan
beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai
jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai,
lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta
halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai
vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di
atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang,
antaranya adalah daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam,
daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari,
daun bebuas dan daun ruku.
Sayuran dan Buahan
Sayuran dan Buahan
Ibu bersalin
dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah
kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun
keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk
maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman
bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan
seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat,
tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang
embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin,
dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang
dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah
banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Ayam dan Burung
Ibu bersalin
disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan
halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya
untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk
melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
__________________________________________________________________________________
Anda masih tercari-cari set berpantang selepas bersalin?Bak kata perpatah "Tak kenal maka tak cinta", kenapa anda perlu memilih set berpantang Shaklee? sila baca dulu, kemudian buat pilihan bijak untuk anda dan bayi anda.
SET BERPANTANG @ PEMBEDAHAN - (ASAS)
ü 120 biji B Complex
ü 180 biji Vita C 500mg
ü 120 biji Zinc
Penggunaan untuk 4 bulan
v HARGA : RM 268.75
Kenapa Pilihan Set
Berpantang Shaklee?
- Sesuai normal @ pembedahan
- Senang diamalkan, Boleh dimakan hari pertama bersalin
- Dilengkapi multivitamin
- Bantu tambah darah, beri tenaga dan focus
- Bantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
- Selamat untuk ibu dan bayi serta ibu menyusu bayi
- Boleh diamalkan jika bayi jaundis(sakit kuning)
FUNGSI SETIAP VITAMIN
Vita-lea
Membantu membekalkan
multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu berpantanf untuk sembuh dari
luka bersalin.
Mengandungi IRON
untuk membina semula sel darah merah yang hilang ketika bersalin.
Membantu ibu
mendapat nutrient yang tidak diperolehi dari makanan berpantang supaya ibu
cergas dan bertenaga.
B-Complex
Mengandungi kesemua
8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin membantu
menambahkan selera, mengurangkan stress, dan menghasilkan tenaga.
Membantu menenangkan
ibu dan menstabilkan hormone.
Mengelakkan daripada
post-partum depression (meroyan)
Vitamin
C
Mengukuhkan sistem imunisasi,
mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan
hormon stress dalam tubuh di samping membantu membina kolagen.
Sangat penting untuk penyembuhan
luka.
Zinc
Sangat penting untuk penyembuhan
luka dalaman dan luaran.
Mengukuhkan akar rambut ketika
berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan
anak dan berpantang.
ESP
Non-GMO soya protein mempunyai 9
asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat
penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan
meningkatkan system imunisasi, mencegah migraine, imsonia, dan tekanan.
Protein juga dapat meningkatkan
pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu
para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut
memerlukan protein.
Protein adalah komponen utama
dalam susu ibu selepas air. Kekurangan protein boleh menyebabkan masalah kurang
susu semasa berpantang.
Pengambilan ESP bersama
ostemetrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu
penghubung.
Ostematrix
Terdiri daripada nutrien kalsium,
magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting
diperlukan oleh tubuh.
Mengandungi magnesium yang
membantu ibu daripada sembelit.
Mengelakkan ibu dari mengalami
sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu.
Melegakan otot dan saraf serta
mengelakkan tekanan bersama B-Complex.
Untuk pertanyaan, sila hubungi saya melalui:
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
Call sekarang untuk mendapat harga istimewa bagi ibu yang bakal menimbang cahaya mata pertama dan kedua dan seterusnya...
Kehamilan
Kehamilan satu anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga.
Sudah pasti setiap pasangan mengharapkan kelahiran seorang anak dengan selamat
dan tidak kurang satu apa pun apalagi cacat. Selain, mendambakan seorang bayi
yang bijak.
Fungsi Setiap Vitamin
Ibu hamil perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal
trimester kehamilan lagi. Ibu hamil perlu mendapatkan nutrisi yang cukup demi
kesihatan janin yang di kandung. Salah satunya dengan pengambilan asid folik.
Asid folik
Folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran
hijau, jus buah-buahan dan bijirin. Asid folik diperlukan terutamanya semasa
anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh
mengurangkan risiko mendapat anak cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD),
perkembangan dan pertumbuhan otak (anencephaly) dan saraf tunjang. Kajian telah
menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70 peratus. Itulah
sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Bagi
mendapat khasiat asid folik yang penuh dapatkan makanan mempunyai kandungan
asid folik yang tinggi.
Makanan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w untuk
mendapatkan anak cerdas antaranya adalah:-
Pir; buah yang mengandung banyak air yang manis dan
mengandung banyak vitamin.
Rasulullah s.a.w bersabda “Makanlah buah pir kerana buah itu dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati. Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantik anak kalian.”
Rasulullah s.a.w bersabda “Makanlah buah pir kerana buah itu dapat membuat terang penglihatan dan menumbuhkan rasa cinta di hati. Dan berikanlah buah ini kepada ibu yang sedang mengandung kerana dapat mempercantik anak kalian.”
Kurma; mengandungi antara lain zat besi, kalsium,
fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Iman Ali bin Abi Thalib
berkata: “Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang
hamil lebih utama daripada buah kurma yang segar (rathab).”
Luban; Kemenyan Arab. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Berilah makanan dari Luban (kemenyan Arab) isterimu yang sedang hamil, kerana
jika bayimu dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban, ia dapat menambah
kecerdasan akalnya. Jika dia laki-laki akan menjadi orang yang pemberani, dan
jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bagian yang baik
bagi suaminya.”
Tembikai; selain mengurangkan rasa mual, ia dapat
mencegah dehidrasi, kejang otot dan bagus untuk nutrisi janin dari segi
perkembangan otot, penglihatan, sistem imunisasi dan saraf janin. Rasullah
s.a.w bersabda: “Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai,
kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus.”
Kelapa; Rasulullah s.a.w bersabda: “Berilah makanan
isterimu yang sedang hamil buah kelapa, kerana ia dapat menjadi sebab anakmu
berakhlak baik.”
Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda
lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan antaranya;
Sentuhan
Ibu hamil akan berhubung dengan bayinya melalui sentuhan dan
komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap
bahagian perut, sejenis hormon akan di rembes. Hormon tersebut berperanan
memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan
dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk
berkomunikasi dengannya.
Muzik
Bayi gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan
jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya
anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan
tendangan ataupun membuat pergerakan.
Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh
memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak
terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan
bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.
Muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk
mengembangkan kepintaran bayi. Gelombang ini menimbulkan mood tenang,
relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan
dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk
meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.
Anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan
menggunakan muzik-muzik yang keras. Dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan
akhirnya menjejaskan kepintarannya.
Alunan zikir dan bacaan surah al-Quran dibekalkan sebagai
penunjuk jalan dan usaha yang boleh dilakukan untuk memperoleh anak seperti
yang diidam-idamkan. Surah Yusuf untuk anak yang cantik rupa dan akhlak. Surah
Luqman untuk anak yang cerdik. Surah Yaasin untuk anak yang teguh hati dan
tidak terpengaruh dengan maksiat serta sentiasa membasahi bibir zikir.
Jaga tingkah laku
Jaga lidah, sikap, perangai, hati terutamanya dengan suami, ibu
bapa dan kawan-kawan agar anak yang di kandung beroleh segala kebaikan dan
keberkatan.
Elak gangguan emosi
Ketidakstabilan emosi boleh menjejaskan minda bayi dan boleh
menyebabkan impian anda mendapatkan bayi cerdik menjadi nipis. Ia kerana
gangguan emosi boleh mempengaruhi perkembangan mental bayi. Ibu hamil perlu
meringankan emosi dengan membuat aktiviti yang menghiburkan seperti senaman,
berenang atau berbual.
Ia hanya usaha yang boleh dilakukan, semuanya kita serahkan
kepada Allah SWT setelah berikhtiar. Oleh:Nadia
Mingguan Wanita
__________________________________________________________________________________
Adakah anda tercari-cari vitamin yang terbaik untuk anda dan bayi anda semasa hamil?
Cubalah Set Kehamilan Shaklee, InsyaAllah, anda pasti menyukainya...
Fungsi Setiap Vitamin
Vita-lea Iron Formula
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat
besi. Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu pembentukan
sel darah merah dan pembesaran janin. jadi Membantu meningkatkan HB ke paras
normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B Complex
Lengkap dengan 8
kumpulan B termasuk rumusan penting iaitu asid folik. Asik folik sangat penting
untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan
risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
Vitamin C
Membantu meningkatkan
sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula membantu
meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.
Ostematrix
Membekalkan kalsium
yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan
akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang
sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda.
Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam
tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Omega Guard
Wanita mengandung
disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1500mg DHA dan 800mg EPA dalam
diet seharian mereka untuk menampung keperluan diri sendiri dan bayi dalam
kandungan. DHA perlu untuk mengOPTIMUMkan fungsi otak (keupayaan mental untuk
meyedari dan memahami sesuatu) dan Keupayaan Retina (mengoptimumkan penglihatan
untuk proses melihat dan berfikir).
Energizing Soy Protein
Protein berfungsi
mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur
keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi
memerlukan protein. Dalam erti kata lain, protein sangat penting dalam
pembentukan sel-sel dalam tubuh badan manusia dan bertindak sebagai pemberi
tenaga.
Untuk pertanyaan, hubungi saya melalui :
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
Kebaikan Daging Kambing
Daging Kambing Baik Untuk Kesihatan Jantung
4 Jun 2013 Sinar harian
4 Jun 2013 Sinar harian
KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk
menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab
masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit
jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging
yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak
negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan
Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas
sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah
terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap
masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan
Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada
Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program
pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih
sihat.
KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding
lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang
dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat
yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi
paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain,
menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85
gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding
lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir
(8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori
(kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal)
dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi
berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia
memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan
strok.
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber
protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh
serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa
lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit
kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras
kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi
kebaikan yang lain.
Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras
kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula
membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah
kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang
menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan
serangan jantung atau strok.
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa
daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan
risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke
dalam diet jantung sihat.
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris
dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu
panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah
memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum
dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.
SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut
diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.
Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing
dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi
artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika
Utara.
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing
adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk
merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit
tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.
POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat
dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak
mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar
kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim
negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih
sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya
masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.
Kini,
semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan
kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis
akikah dan Hari Raya Aidiladha.
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.
Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko. – Bernama
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.
Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko. – Bernama
Resdung
Resdung ialah radang pada
rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung.
Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan
mengalir ke dalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut
akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan
kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung
akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas. Resdung terjadi berpunca daripada
alahan (habuk, makanan, parasit) atau berubahan cuaca atau keturunan.
Tanda-tanda Resdung.
- Hidung tersumbat dan berbau busuk
- Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan
hidung
- Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
- Kerap bersin terutama di waktu pagi
- Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan
antara mata
- Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
- Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan
secara berpanjangan
- Kerap sakit kepala atau migrain
Tanda-tanda
di atas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat
berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan
sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda
mempunyai penyakit resdung dan jika
dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga
memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
SET RESDUNG SHAKLEE
(terdiri daripada B Complex, Vitamin C dan Alfalfa)
B Complex
B Complex mengandungi B6 iaitu penting
untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang
pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan
protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan
oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf.
Vitamin C
Untuk mereka yang mengalami masalah alahan, sel dalam
badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”.
“Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal,
dan juga penyakit alahan yang lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan
sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai
anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan
dadah anti-histamin.
Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin
dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur
pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan
meningkatkan penyembuhan tisu badan.
Alfalfa
Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan
sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu
mengurangkan keradangan terutamana akibat dari resdung (sinus), alahan
(allergy) dan gegata (hives).
Alfalfa (Meticago sativa) mengandungi sumber klorofil pigmen tumbuhan semulajadi, vitamin, mineral surih, bioflavonoid, dan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforus, zat besi serta magnesium.
Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE
tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai makanan tambahan mereka.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui :
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
GOUT
GOUT???
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120826/kn_03/Gout-tolong-jaga-makan#ixzz2mfQHlGXg
______________________________________________________________________________________
Pemakanan yang tidak terkawal boleh
mengundang pelbagai jenis penyakit misalnya gout. Penyakit gout kini semakin
banyak menyerang terutama di kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas namun
terdapat juga mereka yang berusia bawah 30 tahun menghidapinya.
Apa sebenarnya penyakit gout? Pakar
Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju berkata,
gout adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan.
Paling
biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku
di pergelangan tangan, siku dan lutut," katanya semasa ditemui di
pejabatnya baru-baru ini.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus
meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu
menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak.
Asid urik
Dari manakah datangnya asid urik? Dr.
Selvaraju berkata, asid urik terdapat dalam semua jenis makanan daripada haiwan
dan purine dalam tumbuhan tetapi tahap kandungannya pelbagai.
Asid urik
yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal dan berkumpul pada sendi menjadi
gout atau dalam buah pinggang sebagai batu karang," katanya.
Sebaik-baiknya jelas Dr. Selvaraju,
ambillah makanan yang kurang kandungan purine atau asid urik.
Seelok-eloknya elakkan daging merah,
organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan
dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan,
bayam, sayur kacang dan brokoli.
Mereka juga perlu menggelakkan minuman
beralkohol dan minuman bergas.
Walaupun
tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid
urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran
berdaun," katanya.
Bagaimanapun terdapat juga keadaan
kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah
misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea.
Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel
darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik.
Pesakit yang telah menjalani pemindahan
buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan
cyclosporine yang diambil.
Selain itu, kanak-kanak mempunyai
kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka
tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui.
Kata Dr. Selvaraju, adakalanya gout
sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang
tinggi tidak diserang gout.
Mungkin
juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu
karang," katanya.
Dalam pada itu, menurut Dr. Selvaraju,
pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik
meningkat kerana kemusnahan sel.
Justeru
jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat
nasihat doktor," katanya.
Apa yang lebih unik jelasnya, wanita
tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang
masih tidak diketahui.
Sebenarnya kata Dr. Selvaraju, asid
urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah
tinggi dan kencing manis.
Tapi ada
juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia
berkaitan dengan kalsium," katanya.
Dr. Selvaraju menegaskan, manusia perlu
makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang
berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
Makan
bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan,"
nasihatnya
Oleh
KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120826/kn_03/Gout-tolong-jaga-makan#ixzz2mfQHlGXg
______________________________________________________________________________________
SET GOUT SHAKLEE
ALFALFA
Boleh menyingkirkan toksid yang
berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Dapat menurunkan
paras asid urik. Pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang
banyak bagi melancarkan fungsi detoksifikasi.
PERFORMANCE DRINK
Dapat memelihara kandungan
bendalir dalam badan ke tahap yang optimum, di samping pengambilan cecair
seperti air kosong. Pesakit gout perlu minum air banyak bagi mengelakkan
kekurangan air dalam badan di mana akan menyukarkan proses penyingkiran asid urik
dari tubuh badan.
OMEGA GUARD
Mempunyai fungsi
anti-imflammatorI, di mana ia mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi
pesakit gout.
Untuk keterangan dan pertanyaan, sila hubungi saya melalui:
SMS/Call : 0196691369 (Anis)
PM di Facebook : Anis Vitamin Shop atau Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)