GIZI
SEIMBANG
Pernahkah anda
terfikir kenapa kita perlu makan setiap hari?? Kita perlu makan setiap hari untuk
memperoleh tenaga supaya dapat melakukan aktiviti harian. Namun, adakah semua
jenis makanan mempunyai zat atau khasiat yang diperlukan dalam tubuh badan
kita? Apakah nutrisi yang diperlukan oleh badan dan bagaimana makanan diproses
dan akhirnya diserap ke dalam darah kita. Di sini saya akan berkongsi dengan
anda tentang gizi seimbang.
Gizi bermaksud makanan yang
dimakan setiap hari. Gizi seimbang
adalah pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam
kuantiti yang betul dan mencukupi Gizi
yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang,
termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian,
kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada
makanan yang kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan
yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga
kesihatan.
Hidangan makanan kita mestilah
mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan
makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita
(nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral
dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut
badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi
seperti yang diperlukan oleh badan.
Terdapat 7
kelas utama makanan yang perlu diambil mengikut piramid makanan yang disyorkan.
§ Karbohidrat = membekalkan tenaga kepada badan kita
§ Protein = membaiki tisu rosak dan tumbesaran
§ Lemak = penebat haba dan melindungi organ dalaman
§ Vitamin = daya tahan kepada penyakit
§ Garam Mineral = mengekalkan kesihatan badan
§ Pelawas = membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit
§ Air = mengangkut oksigen dan hasil pencernaan serta mengawal suhu badan
Kita perlu
mengambil gizi yang seimbang mengikut piramid makanan bagi mengekalkan
kesihatan dan kecergasan badan yang sihat dan cergas. Pengambilan gizi seimbang
secara berlebihan ataupun berkurang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Tajuk yang
seterusnya saya akan berkongsi tentang faKtor yang mempengaruhi gizi seimbang
dan risiko masalah kesihatan sekiranya terlebih atau terkurang gizi seimbang.
“MENCEGAH
LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI”
Sabda
junjungan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Dua nikmat agung yang diabaikan
kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari,
Tirmidzi dan Ibn Majah)
No comments:
Post a Comment