Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya 28 –
30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang
lambat sehingga 35 hari. Secara puratanya ialah antara 28 – 30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid yang perlu anda
fahami.
Fasa Kitaran Haid Wanita
|
HAID TIDAK TERATUR (SAKIT PUAN)
Kedatangan haid
tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita,
kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah
kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga
sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan
mereka menopaus sebelum waktunya.
Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.
Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.
Manakala
pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari.
Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan
hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran
haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh
kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari
lambat atau tidak mengeluarkan telur.
Tanpa ovulasi,
haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh
menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu
sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk
antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan,
tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran
haid tidak teratur.
Malah kelenjar
tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan
terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali,
bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen
dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.
Ramai menyangka
haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya
masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr
Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan
proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi
petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.
Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.
Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.
Bagaimanapun,
haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan
haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam
badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan
berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah
gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).
Wanita dengan
PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan
hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan
misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko
mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara
berterusan.
Sumber: Dr Adilah
Ahmat - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan,
Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)
GLA Shaklee Dapat Membantu Masalah Kitaran Haid
60 biji (RM91)
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi
minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA),
minyak bunga matahari dan vitamin E.
Fungsinya adalah menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran
haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi
melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan
melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Selain itu, GLA Complex penting kerana ia
dapat membantu tubuh dalam menghasilkan 'cecair kesuburan' yang antara
kebaikannya ialah memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio
sehingga 5 hari. Bagi pasangan yang inginkan anak digalakkan mengambil GLA
Complex.
Sebarang pertanyaan, hubungi saya:
SMS/Call : 019-6691369 (Anis)
Email : supplementsemulajadi@gmail.com
FB : Anis Iliani Ahmad
Blog : anisvitaminshop.blogspot.com